Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

SHOLAWAT AGAR MIMPI BERTEMU RASULULLAH LENGKAP DENGAN TULISAN ARAB



Daftar Isi Sholawat (Tinggal Klik)
  1. SHOLAWAT IBROHIMIYAH
  2. SHOLAWAT AN-NAWAWI
  3. SHOLAWAT IBN HAJAR AL HAITAMI
  4. SHOLAWAT YANG DIAJARKAN OLEH JIBRIL
  5. SOLAWAT YANG DIRIWAYATKAN OLEH RUWAIFI’ IBN TSABIT AL-ANSORI
  6. SOLAWAT YANG DIRIWAYATKAN OLEH AL-IMAM AL-FAKIHANI
  7. SOLAWAT YANG KELEBIHANNYA TELAH DIBERITAHU OLEH JIBRIL
  8. SHOLAWAT UNTUK MENDAPAT SYAFAAT
  9. SOLAWAT SEBAGAI GANTI SEDEKAH ATAU ZAKAT




SHOLAWAT IBROHIMIYAH




“Ya Allah! Cucurilah rahmah ke atas Muhammad dan keluarga 
Muhammad, sebagaimana Engkau telah mencucuri rahmat ke atas 
Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan 
keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati ke atas 
Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam ini, hanya Engkau 
Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani : 


“Dan telah menyebut sesetengah daripada mereka (para masyaikh) 
bahawa membacanya (solawat di atas) sebanyak seribu kali, akan 
membolehkan melihat (bertemu di dalam mimpi dengan) Nabi , 
semoga Allah melimpahkan solawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.” 

Tambahan:
Imam Nawawi berkata: Bahwa Sholawat ini dinamakan sholawat Ibrahimiyah karena sholawat tersebut merupakan bentuk sholawat yang paling utama, banyak menimbulkan pengaruh yang besar sekali apabila dibaca tiap-tiap hari secara istiqomah, terutama, bagi yang mempunyai keinginan besar untuk menunaikan ibadah haji, maka perbanyaklah membaca sholawat ini secara istiqomah, karena sholawat ini diajarkan oleh Rasulullah shallallahu alai wasallam

Imam Ahmad lbn Hajar dalam kitab al-Jauhar al- Munazhzharn. meny atakan: “Menambahkan lafadz s ayidina sebelum lafadz Muhammad tidak ada salahnyan bahkan itu adalah tatakrama memperlakukan Rasulullah saw sekalipun di dalam shalat fardhu.”


Kembali Ke Daftar Isi ↑




SHOLAWAT AN-NAWAWI


SHOLAWAT AN-NAWAWI


“Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas MuhammadhambaMu dan pesuruhMu, nabi yang buta huruf, dan ke atas keluarga Muhammad dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah melimpahkan solawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. 
Dan limpahkanlah barakah ke atas Muhammad, nabi yang buta huruf, dan ke atas keluarga Muhammad dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah limpahkan barakah ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim, pada sekalian alam. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji, Maha Mulia.” 

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Telah berkata Al-Imam Muhyiddin An-Nawawi di dalam Al-Azkar,bahawa solawat ini adalah lebih utama daripada yang lain daripadanya, kerana ia telah ditetapkan di dalam dua buah kitab sohih, AlBukhari dan Muslim .




Kembali Ke Daftar Isi ↑




SHOLAWAT IBN HAJAR AL HAITAMI





“Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad, hambaMu dan pesuruhMu, nabi yang buta huruf, dan ke atas keluarga Muhammad, isteri-isterinya ibu-ibu bagi orang-orang yang beriman, dan keturunannya, dan anggota-anggota rumahnya, sebagaimana Engkau telah melimpahkan solawat ke atas Ibrahim dan ke ataskeluarga Ibrahim, pada sekalian alam. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji, Maha Mulia. 

Dan limpahkanlah barakah ke atas Muhammad hambaMu dan pesuruhMu, nabi yang buta huruf, dan ke atas keluarga Muhammad, dan isteri-isterinya ibu-ibu bagi orang-orang yang beriman, dan keturunannya, dan anggota-anggota rumahnya, sebagaimana Engkau telah melimpahkan barakah ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim, pada sekalian alam. 

Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji, Maha Mulia. 
Dan sebagaimana yang bersesuaian dengan keagungan kemuliaannya, dan kesempurnaannya, dan keredhaanMu kepadanya, dan pada apa yang Engkau cintai dan redhai baginya, yang berkekalan selamalamanya, dan dengan bilangan pengetahuanMu, dan sebanyak segala kalimahMu, dan yang diredhai oleh diriMu, dan seberat singgahsanaMu, sebaik-baik solawat, dan yang paling sempurna daripadanya, dan yang paling lengkap, ketika orang-orang yang beringat mengingatiMu dan mengingatinya, dan orang-orang yang lalai terlalai daripada mengingatiMu dan mengingatinya, salam kesejahteraan seumpama itu, dan juga ke atas kami bersama mereka.” 

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:
Solawat ini telah disebut oleh Al-‘Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam kitab beliau Al-Jawahir Al-Munazzam. Selanjutnya beliau telah berkata, “Aku telah mengumpulkan di dalamnya di antara kaifiat-kaifiat yang telah warid(daripada hadits Rasulullah J) yang pernah dikumpulkan, bahkan juga 
kaifiat-kaifiat yang lain yang telah disusun oleh kumpulan Al-Ulama’, dan masing-masing daripada mereka telah mengatakan bahawa kaifiatnya adalah kaifiat yang paling utama kerana ia mengumpulkan yang telah warid. Dan aku telah menyatakan di dalam Ad-Durr Al-Mandud bahawa kaifiat ini mengumpulkan seluruhnya, dan ia telah ditambahkan dengan beberapa tambahan yang telah sampai (kepada Rasulullah saw). Maka hendaklah engkau membanyakkan darinya di hadapan wajahnya yang 
agung (ketika ziarah maqam Baginda saw). Bahkan, secara mutlak (tujuan lain), kerana ketika engkau melakukan yang demikian, akan didatangkanlah kesemua kaifiat yang telah warid di dalam solawat 
penyaksian dan tambahan (kelebihan rohani) ini.”




Kembali Ke Daftar Isi ↑




SHOLAWAT YANG DIAJARKAN OLEH JIBRIL





“Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad, hambaMu dan pesuruhMu, nabi yang buta huruf, dan ke atas keluarga Muhammad, isteri-isterinya ibu-ibu bagi orang-orang yang beriman, dan keturunannya, dan anggota-anggota rumahnya, sebagaimana Engkau telah melimpahkan solawat ke atas Ibrahim dan ke ataskeluarga Ibrahim, pada sekalian alam. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji, Maha Mulia. 
Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah mencucuri rahmat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. 

Ya Allah! Cucurilah belas kasih sayang ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah mencucuri belas kasih sayang ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. 
Wahai Allah! Limpahkanlah kesejahteraan ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhamad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan kesejahteraan ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” 

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani

Telah berkata Al-Imam Asy-Sya’rani di dalam Kasyf Al-Ghummah,bahawa telah bersabda Baginda Muhammad shallallahu alaihi wasallam, “Jika engkau sekalian bersolawat ke atasku, engkau sekalian bacalah......”, dan Baginda J telah menyebutkan solawat ini. 
Dan beliau (Al-Imam Sya’rani ) telah berkata lagi sesudah itu bahawa telah bersabda Baginda , “Begitulah yang telah disampaikan pada tanganku oleh Jibril, dan dia (Jibril) telah berkata, “Begitulah yang telah disampaikan pada tanganku oleh Mikail, dan dia (Mikail) telah berkata, “Begitulah yang telah disampaikan pada tanganku oleh Tuhan Yang Memiliki Ketinggian, Yang Maha Agung dengannya (solawat di atas), aku akan menjadi saksi baginya pada Hari Kiamat dengan penyaksian, dan aku akan memberi syafa’at kepadanya.” 
Dan di dalam Asy-Syifa’, telah disebutkan sanadnya yang disampai kepada ‘Ali (Zainal ‘Abidin) ibn Husain daripada bapanya Al-Husain daripada bapanya ‘Ali ibn Abi Tolib


“Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan tempatkanlah dia dengan tempat yang dekat denganMu pada hari kiamat.” 

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Di dalam beberapa komentar Ad-Dalail dikeluarkan At-Tabrani, Ahmad, Al-Bazzar dan Ibn Abi ‘Ashim telah mengeluarkan riwayat bagi solawat ini daripada Ruwaifi’ ibn Tsabit Al-Ansori . 

Beliau telah berkata, “Telah bersabda Rasulullah , “Sesiapa yang mengucapkan, “Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan tempatkanlah dia dengan tempat yang dekat denganMu”, wajiblah baginya syafa’atku.” 

Telah berkata Ibn Katsir bahawa sanadnya (sanad bagi hadits ini) adalah hasan,dan pada satu lafaz, “..... tempat yang dekat di sisiMu”, dan Al-Imam Asy-Sya’rani telah menyebut solawat ini di dalam Kasyf Al-Ghummahdengan lafaz, “......... tempat yang dekat di sisiMu pada Hari Kiamat.”



Kembali Ke Daftar Isi ↑




SOLAWAT YANG DIRIWAYATKAN OLEH RUWAIFI’ IBN TSABIT AL-ANSORI





“Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan tempatkanlah dia dengan tempat yang dekat denganMu pada hari kiamat.” 

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Di dalam beberapa komentar Ad-Dalail dikeluarkan At-Tabrani, Ahmad, Al-Bazzar dan Ibn Abi ‘Ashim telah mengeluarkan riwayat bagi solawat ini daripada Ruwaifi’ ibn Tsabit Al-Ansori . 

Beliau telah berkata, “Telah bersabda Rasulullah , “Sesiapa yang mengucapkan, “Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan tempatkanlah dia dengan tempat yang dekat denganMu”, wajiblah baginya syafa’atku.” 

Telah berkata Ibn Katsir bahawa sanadnya (sanad bagi hadits ini) adalah hasan,dan pada satu lafaz, “..... tempat yang dekat di sisiMu”, dan Al-Imam Asy-Sya’rani telah menyebut solawat ini di dalam Kasyf Al-Ghummahdengan lafaz, “......... tempat yang dekat di sisiMu pada Hari Kiamat.”



Kembali Ke Daftar Isi ↑




SOLAWAT YANG DIRIWAYATKAN OLEH AL-IMAM AL-FAKIHANI

 



Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas roh Muhammad pada segala roh, dan ke atas jasadnya pada segala jasad, dan ke atas kuburnya pada segala kubur.” 

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Telah berkata Al-Imam Asy-Sya’rani bahawa Baginda j telah bersabda : “Sesiapa yang mengucapkan (solawat) dengan kaifiat ini, dia akan melihatku pada Hari Kiamat. Dan sesiapa yang melihatku pada Hari Kiamat, aku akan memberikan syafa’at kepadanya. Dan sesiapa yang aku berikan syafa’at kepadanya, dia akan minum dari telagaku dan Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka.” 

Dan telah disebutkan perkara ini oleh para pemberi komentar Ad-Dalail dengan tambahan (dibaca) tujuh puluh kali. 
Dan daripada (Al-Imam) Al-Fakihani , “Aku telah mengujikaji (telah mencuba) solawat ini sebelum aku tidur sehinggalah aku terlena. Maka aku telah melihat (bermimpi) wajah Baginda yang mulia, di atas permukaan bulan dan aku telah berkata-kata dengan Baginda j. Kemudian Baginda telah ghaib di dalam bulan. Dan aku meminta kepada Allah Yang Maha Agung, demi kemegahan Baginda , agar Dia menyampaikan kepadaku baki nikmat ini, yang telah dijanjikan oleh Baginda di dalam hadits yang mulia ini.”

----------------------
tambahan:

habib munzir sering menganjurkan sholawat ini untuk bertemu dengan rasul dalam mimpi


Kembali Ke Daftar Isi ↑




SOLAWAT YANG KELEBIHANNYA TELAH DIBERITAHU OLEH JIBRIL





Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, di kalangan orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian, dan di kalangan kumpulan malaikat yang tertinggi, sehingga Hari Agama(Hari Kiamat)

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani

Telah bercerita Al-Imam Asy-Sya’rani bahawa seorang lelaki telah masuk untuk menemui Rasulullah , dan Baginda Jsedang duduk di dalam masjid. Dia telah mengucapkan kata-kata, “Salam ke atasmu, wahai yang memiliki keagungan yang menggunung dan kemuliaan yang tinggi.” 
An-Nabi telah mendudukkannya di antara Baginda dan Abu Bakar . Maka orang-orang yang hadir di situ telah menjadi takjub dengan sambutan Rasulullah Jke atasnya. 
Rasulullah telah bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah memberitahuku bahawa dia (lelaki itu) telah bersolawat ke atasku dengan satu solawat yang belum pernah sesiapa pun membaca solawat itu sebelumnya.” 
Lalu Abu Bakar pun bertanya, “Bagaimanakah cara dia bersolawat itu, wahai Rasulullah?” Maka Rasulullah Jpun menyebutkan solawat ini.



Kembali Ke Daftar Isi ↑




SHOLAWAT UNTUK MENDAPAT SYAFAAT





“Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, solawat yang menjadi keredhaan bagiMu, dan yang menunaikan haknya, dan kurniakanlah kepadanya al alal al- -- -wasilah, wasilah, wasilah, dan kedudukan yang telah Engkau janjikan kepadanya.” 

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Al-Imam Asy-Sya’rani telah menyebut tentang solawat ini dan beliau telah berkata bahawaBaginda telah bersabda, “Sesiapa yang mengucapkannya, wajiblah baginya syafa’atku.”


Kembali Ke Daftar Isi ↑




SOLAWAT SEBAGAI GANTI SEDEKAH ATAU ZAKAT





“Ya Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad, hambaMu dan pesuruhMu, dan limpahkanlah juga solawat ke atas golongan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, dan juga ke atas golongan orang-orang yang beragama Islam, lelaki dan perempuan.” 

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani

“Telah berkata Al-Imam Asy-Sya’rani bahawa telah bersabda Baginda , “Mana-mana lelaki beragama Islam yang tiada memiliki sedekah di sisinya, hendaklah dia membaca solawat ini di dalam doanya, kerana ia adalah satu zakat. Dan tiadalah orang yang beriman itu akan merasa kenyang (berpuas hati) dengan kebaikan sehingga dia berhenti di syurga (sampai dia memasuki syurga).” 

Beliau telah menyebutkan perkara ini di dalam komentar Ad-Dalail selain daripada bahagian ayat yang terakhir. Dan beliau juga telah berkata bahawa hadits ini telah dikeluarkan oleh satu kumpulan AlUlama’, daripada Abi Sa’id Al-Khudri
Kembali Ke Daftar Isi ↑



Posting Komentar untuk "SHOLAWAT AGAR MIMPI BERTEMU RASULULLAH LENGKAP DENGAN TULISAN ARAB"